Sesungguhnya Al-Quran di utamakan dalam segala hal, dalam kitab Fhadilat Membaca dan Menghafal Al-Quran - karangan Uztaz Ismail Masyhuri Al-Hafiz (Balai Dakwah Islamiyah, Jeram Selangor) yang saya ingin panjang kepada pembaca budiman dalam ekses internet ini untuk dikongsikan secara bersama.
FADHILAT MEMBACA AL-QURAN
1. Diutamakan Dalam Segala Hal
Adapun dinyatakan bahawa ahli Al-Quran mendapat tempat yang tinggi di kalangan kaum muslimin dalam beberapa perkara. Misalnya untuk menjadi Imam, Dinyatakan bahawa Rasulullah saw mengutamakan mereka yang ahli Al-Quran terlebih dahulu sebagaimana hadis dibawah ini:
Maksud hadis:
Dari Ibnu Mas'ud Radiallahu, Rasulullah saw bersabda: Yang lebih berhak menjadikan imam pada sesuatu kaum itu adalah yang paling fasih dan alim dalam Al-Quran di antara mereka" (Hadis Riwayat Muslim)
Ketika sahabat2 yang syahid di medan perang uhud akan dikebumikan. Rasulullah saw mengumpul dua orang syuhada dan kemudian bersabda:
"Yang mana satu di antara keduanya yang lebih banyak mengambil Al-Quran (lebih alim dan lebih fasih bacaannya). apabila para sahabat menunjukkan orang yang dimaksudkan oleh baginda itu, maka dialah yang lebih dahulu dimasukkan kedalam liang lahad." (H.R Bukhari dan lainnya)
2. Mendapat Kesejahteraan
Pembaca Al-Quran ditemani dan dikelilingi oleh para malaikat; semuanya mendoakan dan memohon keampunan dan darjat yang tinggi baginya.
3. Darjat Ibu Bapanya Terangkat
Orang yang membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat kemuliaan diri sendiri tetapi kedua ibu bapanya turut mendapat kemuliaan di akhirat sebagaimana sabda Rasulullah saw yang di riwayatkan oleh Abu Daud:
Maksud hadis:
"dari Sahl bin Mua'az r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya , maka Allah akan menganugerahkan pakaian kebesaran (mahkota) kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat yang berpancaran sinarnya lebih bagus daripada sinar matahari. Maka bagaimana pendapatmu tentang orang yang mengamalkannya" (HR Abu Daud)

No comments:
Post a Comment