Monday, July 18, 2011

KAYUHAN

KAYUHAN PERTAMA:

Kayuhan tanpa latihan memang amat menjerihkan. Latihan kayuhan pertama saya menggunakan MTB jenama silverback dengan kapasiti 27 kelajuan sejauh 40km dengan kelajuan kayuhan pada 25km/j. Sebelum kayuhan ini dibuat, saya menjalani latihan intensif mengayuh di kawasan berbukit sejauh 15km. Latihan demi latihan yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan sempurna memandang saya adalah peminat sukan joging sejak tahun 1996.



KAYUHAN KEDUA:

Kayuhan kedua dilaksanakan hingga ke sempadan jelebu negeri sembilan dan berpatah balik ke jalan besar semenyih melalui empangan semenyih hulu langat sejauh 100km. Kayuhan mendaki merupakan kayuhan yang amat meletihkan, tetapi amat menyeronokkan melihat gelagat rakan-rakan kayuhan dengan berbagai gelagat semasa kayuhan dan tak kurang juga yang menolak basikal masing-masing.

KAYUHAN KETIGA:

Aktiviti kayuhan menjadi satu kesoronokkan dan ketagihan terutama aktiviti kayuhan mendaki bukit perez yang seolah-olah tiada penamatnya akibat rupabentuk bukitnya yang landai. Kelajuan pada cubaan kali pertama hanya sekitar 7km/j, kemudian kepada 10 km/j dan sekarang berjaya mengekalkan sekitar 19km/j.

Sunday, July 17, 2011

SUKAN KAYUH BASIKAL

Sukan kayuh basikal memerlukan komitment kewangan yang agak tinggi pada peringkat permulaan. Kos sebuah basikal yang sesuai berharga sekitar RM 3000 - RM5000. Bagi peminat sukan ini yang mempunyai komitment kewangan yang terhad, dinasihatkan memiliki sebuah basikal mampu milik sekitar harga RM 2000 - 3000 dengan kekuatan groupset bercampur seperti kerangka GIANT TCR3 dengan groupset Shifter jenama shimano sora, FD shimano, RD shimano tiagra, rantai shimano, crankset jenis Truvativ Elita dan cassette jenama scram sebagai permulaan dan membuat tambah nilai secara berperingkat - peringkat setelah ada kemampuan. Harga untuk groupset shimano 105 sekitar RM1800 di pasaran. Contoh Basikal dan spec. mampu milik adalah seperti dibawah:




Frame
ALUXX, Compact Road Design
Fork
formulaOne Composite w/ Alloy Steerer Tube
Shock
N/A
Handlebar
Alloy, 26.0
Stem
Alloy
Seatpost
Alloy, 27.2
Saddle
VL1133G
Pedals
LU948
Shifters
Shimano Sora
Front Derailleur
Shimano FD-2200
Rear Derailleur
Shimano Tiagra
Brakes
Tektro TK423AG-QR
Brake Levers
Shimano Sora
Cassette
Truativ PG 850 12/26, 8-speed
Chain
KMC Z51
Crankset
Truativ 07 Touro 2.1, 39/52
Bottom Bracket
BB-7420
Rims
Alex DA22
Hubs
Formula RB31QR / RB32QR
Spokes
14G Stainless
Tires
Vittoria Zaffiro, 700X25C

Wednesday, October 6, 2010

MEMULIAKAN AL- QURAN

Sesungguhnya Al-Quran di utamakan dalam segala hal, dalam kitab Fhadilat Membaca dan Menghafal Al-Quran - karangan Uztaz Ismail Masyhuri Al-Hafiz (Balai Dakwah Islamiyah, Jeram Selangor) yang saya ingin panjang kepada pembaca budiman dalam ekses internet ini untuk dikongsikan secara bersama.

FADHILAT MEMBACA AL-QURAN

1. Diutamakan Dalam Segala Hal

Adapun dinyatakan bahawa ahli Al-Quran mendapat tempat yang tinggi di kalangan kaum muslimin dalam beberapa perkara. Misalnya untuk menjadi Imam, Dinyatakan bahawa Rasulullah saw mengutamakan mereka yang ahli Al-Quran terlebih dahulu sebagaimana hadis dibawah ini:

Maksud hadis:

Dari Ibnu Mas'ud Radiallahu, Rasulullah saw bersabda: Yang lebih berhak menjadikan imam pada sesuatu kaum itu adalah yang paling fasih dan alim dalam Al-Quran di antara mereka" (Hadis Riwayat Muslim)

Ketika sahabat2 yang syahid di medan perang uhud akan dikebumikan. Rasulullah saw mengumpul dua orang syuhada dan kemudian bersabda:

"Yang mana satu di antara keduanya yang lebih banyak mengambil Al-Quran (lebih alim dan lebih fasih bacaannya). apabila para sahabat menunjukkan orang yang dimaksudkan oleh baginda itu, maka dialah yang lebih dahulu dimasukkan kedalam liang lahad." (H.R Bukhari dan lainnya)

2. Mendapat Kesejahteraan

Pembaca Al-Quran ditemani dan dikelilingi oleh para malaikat; semuanya mendoakan dan memohon keampunan dan darjat yang tinggi baginya.

3. Darjat Ibu Bapanya Terangkat

Orang yang membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat kemuliaan diri sendiri tetapi kedua ibu bapanya turut mendapat kemuliaan di akhirat sebagaimana sabda Rasulullah saw yang di riwayatkan oleh Abu Daud:

Maksud hadis:

"dari Sahl bin Mua'az r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya , maka Allah akan menganugerahkan pakaian kebesaran (mahkota) kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat yang berpancaran sinarnya lebih bagus daripada sinar matahari. Maka bagaimana pendapatmu tentang orang yang mengamalkannya" (HR Abu Daud)